Pemuda PAS lancar jentera pilihan raya 1 Oktober

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

PASIR MAS:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan jentera pilihan raya pada 1 Oktober depan sebagai persediaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, majlis pelancaran tersebut akan disertai semua kepimpinan dan ahli pemuda sempena Ijtimak Tarbawi 2022.

Menurutnya program tahunan itu akan diadakan bermula 30 September dan 1 Oktober ini yang akan diadakan di Kompleks Pendidikan Tahfiz an Nur Besut Terengganu.

- Advertisement -

“Jentera pemuda PAS akan dilancarkan pada 1 Oktober ini di Besut jam 9 malam di Maahad an Nur yang diadakan sempena Ijtimak Tarbawi. Bagaimanapun kita menjangkakan PRU15 tidak akan diadakan tahun ini ia akan diadakan tahun depan,” katanya di sini.

Program tersebut merupakan kesinambungan program kedua terbesar selepas Muktamar PAS Pusat yang di Kota Sarang Semut Kedah pada 3 dan 4 September lepas.

Pemuda PAS sebelum ini mengadakan Ijtimak Tarbawi di Rusila Marang Terengganu, Taman Melewar, Kuala Lumpur dan terakhir di Melaka. Program tahunan itu tidak diadakan ketika negara dilanda pandemik Covid-19 sejak dua tahun lepas. – HARAKAHDAILY 18/9/2022

- Advertisement -