Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PAS miliki manual

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) semakin ke hadapan apabila sekali lagi menjadi parti politik pertama mempunyai Manual Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) bagi menjaga kebajikan ahlinya dari sudut keselamatan dan kesihatan. Manual ini bersifat dokumen dasar dan kerangka pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kerana berjaya melancarkan dokumen ini di dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia ke 63 di Kedah. Manual ini insya-Allah mampu memperkasa lagi organisasi PAS di dalam membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Usaha ini adalah selaras dengan kehendak Islam itu sendiri, sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda:

- Advertisement -

 “Laa dharara wa laa dhirara” 

Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.” 

(Hadis Riwayat Sa’d bin Malik)

Nabi mengajar kita agar tidak melakukan perbuatan atau pekerjaan yang boleh memudaratkan kepada diri kita serta juga ia memudaratkan orang lain. Ini jelas bahawa Nabi S.A.W meminta kita melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugasan dengan selamat dan sihat.

Usaha ini juga menepati falsafah perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKKP (Akta 514), iaitu falsafasahnya ialah:

“Tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah kepada mereka yang mewujudkan risiko (majikan) dan kepada mereka yang bekerja dengan risiko (pekerja)”. Ini bermakna semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Semoga usaha yang dijalankan ini dapat menghasilkan natijah yang baik serta menjadi tauladan kepada ‘pemain’ persatuan, NGO dan parti politik untuk mengamalkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan pada organisasi masing-masing bagi menjaga kebajikan ahlinya!

Oleh:

TS. HAJI SHAHRONIZAM NOORDIN
Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – HARAKAHDAILY 2/8/2022

- Advertisement -