Turkiye hantar empat pesawat bantuan kemanusiaan ke Pakistan

Mangsa malapetaka banjir di Pakistan kini sangat memerlukan bantuan kemanusiaan daripada masyarakat antarabangsa. (FOTO Flickr)
- Advertisement -

Susunan YUSMAN AWANG

ANKARA: Turkiye telah menghantar empat pesawat sarat dengan bantuan kemanusiaan ke Pakistan yang dilanda malapetaka banjir paling teruk di dunia sepanjang dekad ini.

Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye dalam kenyataan pada Isnin waktu tempatan(28 Ogos) berkata, sebuah kereta api yang membawa khemah dan makanan juga telah berlepas ke negara Asia Selatan dari ibu negara Ankara pada pagi hari ini (30 Ogos).

- Advertisement -

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan memberitahu, banjir angkara dilanda hujan monsun yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah mengorbankan lebih 1,100 orang nyawa dan lebih 1,634 yang lain tercedera dalam hujan dan kemalangan berkaitan banjir, sambil menambah bahawa lebih daripada 719,000 haiwan ternakan turut hilang.

Lebih 3,451 kilometer jalan raya, 162 jambatan, 170 kedai, dan 949,858 kediaman turut rosak di seluruh negara itu, lapor Anadolu Agency.

Pekerja penyelamat yang disokong oleh tentera bergegas merentasi Khyber Pakhtunkhwa untuk menyelamatkan ratusan orang yang terdampar ketika Sindh menjangkakan satu lagi kejadian banjir dari Sungai Indus dalam masa beberapa hari akan datang ini.

Sebanyak empat empat pesawat penuh dengan bantuan kemanusiaan telah diterbangkan ke Pakistan pada 29 Ogos 2022. (FOTO Anadolu Agency)

“Helikopter tentera pula berjaya menyelamatkan 35 orang pelancong yang terperangkap di pergunungan lembah Kumrat yang indah di Khyber Pakhtunkhwa,” ujar pihak tentera Pakistan dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan yang memberangsangkan, paras air di Sungai Kabul telah menurun, walaupun masih dalam lingkungan banjir sederhana.

Kira-kira 33.4 juta rakyat Pakistan di 72 daerah di seluruh negara telah terjejas dan kehilangan tempat tinggal akibat hujan dan banjir yang berterusan. – HARAKAHDAILY 30/8/2022

- Advertisement -