Akhlak mulia wajib diamal walau hadapi musuh di medan perang

- Advertisement -

AKHLAK yang mulia wajib diamalkan walaupun menghadapi musuh di medan peperangan. Arahan Abu Bakar RA kepada tentera Usamah RA ialah melaksanakan perintah Allah Rasul-Nya SAW.

Arahan Abu Bakar RA berkisarkan pesanan Rasulullah SAW kepada panglima tentera Islam di setiap medan peperangan.

Keseluruhan arahan ini dijadikan asas yang penting kepada pembentukan undang-undang antarabangsa dan piagam yang dimeteraikan dalam dunia hari ini, khususnya selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

- Advertisement -

Ini menunjukkan Islam mendahului peraturan ciptaan manusia yang telah parah dan menjadi mangsa dalam banyak peperangan yang tidak mungkin dapat dihapuskan.

Umat Islam melaksanakan hukum ini berlandaskan iman dan akhlak yang berkait dengan perhitungan dosa dan pahala.

Pemerintah Islam yang berpegang dengan ajaran Islam sepanjang zaman menghukum sesiapa yang melanggar peraturan tanpa wujud mahkamah jenayah perang oleh pihak ketiga seperti yang diamalkan pada hari ini.

Kerajaan Islam membayar pampasan kepada mangsa bukan Islam yang dizalimi, perkara yang dilakukan sejak zaman Rasulullah SAW walhal perkara itu belum pernah berlaku sebelumnya.

Akhirnya, mereka yang bermusuh dengan Islam, sebahagiannya menganut Islam, manakala sebahagian yang lain lebih bersedia berada di bawah pemerintahan Islam yang lebih adil daripada kaum mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 27/8/2022

[Kuliah Dhuha Jumaat, 28 Muharram 1444H]

- Advertisement -