Gerak pimpinan akar umbi hadapi PRU15

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

TUMPAT:
PAS Kelantan menggerakkan pimpinan di peringkat akar umbi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata, jentera utama di peringkat umbi iaitu penghulu dan ketua-ketua cawangan PAS akan menjadi tunggak utama mempertahankan kerajaan negeri.

Katanya, mereka merupakan benteng barisan hadapan kerana penghulu dan ketua cawangan lebih rapat dengan pengundi di mukim mereka.

- Advertisement -

“Biarpun PAS mempunyai kekuatan jentera dan petugas namun kita tidak boleh leka kerana Umno sebelum ini mengumumkan mahu merampas Kelantan dan Terengganu.

“Begitu juga kehadiran Pakatan Harapan tidak boleh dipandang mudah biarpun PH tiada sebarang kerusi di Kelantan sekarang,” katanya pada program penerangan isu semasa di Pusat Khidmat Dun Pengkalan Kubor di sini semalam.

Turut hadir Adun Kelaboran Mohd Adanan Hassan, Adun Wakaf Bharu Mohd Rusli Abdullah dan Pengarah Urusetia Pembangunan Penghulu Kelantan Jamaluddin Ishak.

Seramai 104 penghulu dari empat kawasan Dun di Parlimen Tumpat iaitu Pasir Pekan, Pengkalan Kubor, Kelaboran dan Wakaf Bharu hadir pada program tersebut. – HARAKAHDAILY 24/8/2022

- Advertisement -