Jalinan semangat ukhuwah Islam: Bubur Asyura diagih percuma

- Advertisement -

Oleh DAYANG ZAHIRAH

BINTULU: Semangat ukhuwah sesama umat Islam terjalin padu, terserlah apabila sebanyak 600 pek bubur Asyura yang telah berjaya diagihkan secara percuma kepada penduduk di Flat Sungai Plan, di sini adalah merupakan hasil yang telah disediakan secara bergotong-royong.

Penghasilan bubur Asyura untuk Program Kamek Prihatin itu adalah anjuran Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS kawasan Bintulu bersama Jawatankuasa Surau An-Nur Sungai Plan. 

- Advertisement -

Dalam ucapan alu-aluan wakil Jawatankuasa Surau An-Nur beliau menyatakan bahawa pihak surau berkenaan mengucapkan penghargaan terima kasih dan amat mengalu-alukan PAS untuk mengadakan lebih banyak lagi program di situ.

Selain daripada gotong-royong memasak bubur Asyura, Kuliah Dhuha yang berjudul, Hikmah Bulan Muharram juga telah disampaikan oleh Ustazah Latifah yang bertepatan dengan objektif program, dalam memperkukuhkan lagi kebersamaan PAS dengan masyarakat setempat dalam aspek dakwah, kebajikan dan siasah.

Penghasilan bubur Asyura untuk Program Kamek Prihatin itu dianjurkan secara bersama antara Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS kawasan Bintulu, serta Jawatankuasa Surau An-Nur Sungai Plan. 

Ketua Dewan Muslimat PAS Bintulu, Fatimah Junaidi berkata bahawa adalah diharapkan dengan kewujudan  Program Kamek Prihatin  dapat merapatkan lagi ukhuwah antara muslimat PAS dengan warga setempat.

“Semoga penduduk flat Sungai Plan gembira dapat menikmati hidangan bubur Asyura ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/8/2022

- Advertisement -