Ziarah pesakit kronik dan keperluan katil pesakit

- Advertisement -

ZIARAH mak cik Sabariah Awang, yang tinggal bersama suami di Pekan Sungai Limau Dalam. 

“Ustaz boleh mai dak hari ni, ziarah pakcik Ramlee. Dia minta mai ziarah dan bantu isteri dia yang sakit,” bang Syatir telefon pagi tadi. Minggu lepas pun ada terima maklumat beliau, tapi masa diatur tidak dapat pi kerana bertembung program. 

Mak cik Sabariah yang mengalami stroke beberapa bulan lepas dan terlantar di katil. Beliau juga mengidap kencing manis dan sakit buah pinggang.

Perbincangan petang semalam juga untuk menguruskan permohonan bantuan JKM bagi menampung keperluan mak cik.

Insya-Allah, maklumat pesakit akan dilaporkan kepada pihak JKM. Sumbangan awal juga diberikan dengan lawatan ini sedikit barangan dapur dan kewangan.

Pak cik Ramlee juga memohon katil pesakit untuk keperluan dan memudahkan keadaan mak cik yang kurang bergerak. “Katil yang ada kat rumah tak sesuai, dan tilam juga kurang selesa untuk mak cik,” celahan Pakcik Ramlee semasa kami berbual tadi. 

Stok katil wakaf Pusat Khidmat DUN masih berada kepada pesakit-pesakit yang dibantu sebelum ini. Kita cuba mencari dana untuk belian katil pesakit wakaf seterusnya insya-Allah. Ustaz juga memberikan penjelasan kepada pak cik. 

Jika ada NGO atau penderma yang ingin menyumbang, boleh berhubung dengan pihak kami, atau menyalurkan sumbangan akaun Bank Islam 02084010033144 atas nama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sungai Limau

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan keluarga pak cik Ramlee untuk kita bantu. 

YB USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
ADUN Sungai Limau/Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY22/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -