STAR juara hoki SBP peringkat kebangsaan

- Advertisement -

Oleh KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL

SEKOLAH
Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh kembali merampas kedudukan juara Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat Kebangsaan (Lelaki) di Stadium Sultan Azlan Shah di Ipoh apabila berjaya menumpaskan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban dengan jaringan 3-1.

Kejohanan Hoki SBP peringkat kebangsaan ini telah dimulakan sejak tahun 2006 dan kali terakhir ia dianjurkan pada tahun 2019 dan edisi ke-14 itu telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.

STAR adalah juara bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016, 2018 dan kemenangan tahun ini menambahkan koleksi kemenangan STAR untuk kali yang keenam.

- Advertisement -

Perlawanan yang mempertemukan dua sekolah bersaudara ini telah disaksikan oleh para penyokong dari kedua-dua sekolah. STAR selaku tuan rumah telah mengungguli bukan sahaja perlawanan tetapi juga di luar padang melalui pasukan sorak dari kalangan murid STAR dan juga alumni STAR yang turut sama memberikan semangat kepada para pemain.

STAR mula menggunakan nama jolokan Anaconda sejak tahun 1990 apabila pasukan hoki STAR pada tahun itu telah menggunakan nama jolokan baharu bagi pasukan hoki dan pasukan tersebut telah berjaya menjadi johan Hoki Majlis Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK) daerah Kinta 2 dan seterus mewakili daerah sehingga ke perlawanan akhir di peringkat negeri.

Berikut adalah senarai juara bagi kategori lelaki sejak ia mula dilaksanakan.

2006 – SM Sains Machang (SMACH)
2007 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
2008 – SM Sains Machang (SMACH)
2009 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
2010 – SM Sains Machang (SMACH)
2011 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
2012 – SM Sains Teluk Intan (SEMESTI)
2013 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2014 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2015 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2016 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2017 – SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
2018 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
2019 – SMS Tengku Muhammad Faris Petra (Faris Petra)
2022 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) – HARAKAHDAILY 14/8/2022

- Advertisement -