Semangat muafakat diketepi sejak PRN Melaka

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Kejayaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir Melaka dan Johor setelah menumbangkan Pakatan Harapan (PH) tidak bertahan lama kerana sikap Umno mahu mentadbir bersendirian.

Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dua negeri berkenaan diambil alih daripada PH melalui muafakat parti-parti pembangkang.

- Advertisement -

Katanya, situasi berlaku di Melaka dan Johor menjelaskan sikap sebenarnya Umno yang mahu mengenepikan semangat Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) setelah PH tumbang.

“Oleh itu wajar pemimpin Umno mengimbau kembali sejarah yang berlaku itu dengan melihat punca sebenar berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Mereka pulun sungguh-sungguh sehingga membubar Dun bagi melaksanakan PRN kerana hendak perintah bersendirian.

“Sedangkan sebelum itu parti pembangkang berpakat sehingga tumbang kerajaan PH di Melaka dan Johor,” kata beliau di sini, semalam.

Baru-baru ini Pengerusi Umno Kedah, Dato’ Seri Jamil Khir yang menganggap ucapan Presiden PAS, Tan Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Kedah, 23 Julai lalu menjawab teka-teki berkenaan MN.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata, PRN di Melaka dan Johor tidak dapat menyembunyikan impian sebenar Umno mahu mentadbir kedua-dua negeri terbabit secara bersendirian. – HARAKAHDAILY 28/7/2022

- Advertisement -