SMART Sawah tingkat pengeluaran padi di Kelantan

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

BACHOK:
Bagi meningkatkan lagi pengeluaran padi kerajaan negeri merancang melaksanakan SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB).

Anggota Exco Kerajaan Negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, usaha itu direalisasikan melalui kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Katanya, kerajaan negeri merancang untuk mengusahakan SMART SBB bersama KADA dan BERNAS, ia dijangka akan meningkatkan lagi hasil pengeluaran padi di Kelantan.

- Advertisement -

“Kita juga telah melepasi tahap sara diri 208 peratus dalam pengeluaran beras bagi keperluan rakyat,” kata pada sidang media selepas perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2022 di Pantai Irama di sini hari ini.

Perasmian tersebut disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Tuan Mohd Saripudin berkata, beberapa lagi produk iaitu kelapa, daging kambing bebiri serta sayur-sayuran turut melepasi Status Kadar Sara Diri (SSL).

Menurutnya juga kerajaan negeri dengan kerjasama agensi terlibat merangka beberapa langkah bagi meningkatkan lagi pengeluaran sumber protein seperti ayam dan daging.

Kata beliau peruntukkan sebanyak RM10 juta disalurkan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan bagi merealisasikan hasrat itu.

“Kita berusaha mencapai SSL bagi industri penternakan ayam dan penghasilan daging lembu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/7/2022

- Advertisement -