RM1.5 juta untuk penswastaan kutipan sisa pepejal – YB Dr Izani

- Advertisement -

KOTA DARULNAIM: Dalam meningkatkan mutu pengurusan kutipan, pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal di seluruh Kelantan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan sistem penswastaan kutipan sisa pepejal di laluan-laluan utama di beberapa buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Kelantan.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YB Dr Izani Husin, ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, YB Abdul Rasul Mohamad mengenai perancangan 10 tahun Kerajaan Kelantan dalam pengurusan sistem pepejal pada hari kedua Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Ke-5 Dewan Negeri Kelantan Ke-14 Tahun 2022, hari ini.

Katanya, inisiatif tersebut telah dimulakan dengan penswastaan kutipan sisa pepejal di sebahagian Zon A Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kos RM900,000 bagi tempoh sembilan bulan dan hasilnya maklumat sangat positif diterima.

“Pada tahun 2022, empat PBT iaitu Majlis Daerah Ketereh – Perbandaran Islam, Majlis Daerah Pasir Puteh, Majlis Daerah Pasir Mas dan Majlis Daerah Machang telah dipilih untuk dilaksanakan penswastaan kutipan sisa pepejal di kawasan tumpuan masing-masing dengan jumlah kos RM1.570 juta”, katanya

Tambahnya, Kerajaan akan sentiasa melakukan penelitian terperinci berkenaan dengan pelaksanaan penswastaan kutipan sisa pepejal dan jika ianya memberi maklum balas yang memuaskan, skop penswastaan sisa pepejal ini akan diperluaskan di masa akan datang. – UPKN

- Advertisement -
- Advertisement -