Produk pertama kilang simen di Chiku 7 dikeluar 2024

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Kilang Simen Bersepadu di Chiku 7 Gua Musang dijangka menghasilkan produk pertamanya pada 2024 kata anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Hanifa Ahmad.

Beliau yang juga Pengerusi Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Ushawan berkata, projek itu menawarkan 1,000 peluang pekerjaan.

- Advertisement -

Katanya hasrat Kelantan untuk memiliki industri berat yang membekalkan bahan projek pembinaan akhirnya menjadi kenyataan.

“Pada 5 Julai lalu kita telah mengadakan lawatan ke Chiku 1 dan 2 serta taklimat diberikan bahawa projek tersebut akan diteruskan.

“Produk simen pertama akan dihasilkan pada 2024 iaitu lewat lebih dua tahun setengah kerana masalah teknikal yang dihadapi,” katanya ketika menjawab soalan Amran Arifin (BN-Paloh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Projek Pembinaan Kilang Simen Bersepadu Chiku 7 melibatkan usahasama antara Majlis Daerah Gua Musang dengan ASN Cement Sdn Bhd. Majlis tandatangan perjanjian telah diadakan pada 5 Ogos 2015 di Kota Darulnaim. – HARAKAHDAILY 18/7/2022

- Advertisement -