Projek pemuliharaan muara Sungai Pahang

- Advertisement -

7 POIN penting untuk maklumat bersama:

1. KASA memahami antara masalah utama nelayan dan penduduk setempat ialah kecetekan muara sungai dan hakisan pantai di kawasan sekitar Kampung Tanjung Agas ke bandar Pekan. 

2. Sebanyak 12 projek telah diluluskan dengan kos berjumlah RM2.13 bilion untuk mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan memulihara muara sungai Negeri Pahang di bawah RMKe-12. 

3. Daripada jumlah tersebut, 7 projek melibatkan pemuliharaan muara dan pengawalan hakisan pantai bernilai RM787.65 juta. 

4. Projek Pemuliharaan Muara Sg Pahang telah bermula sejak RMKe-9. Fasa 1 dan Fasa 2 telah siap, manakala Fasa 3 Pakej 1 dan 2 juga telah siap pada bulan Julai 2018. 

5. Kini, projek Fasa 3 Pakej 3 dengan kos berjumlah RM380 juta sedang dilaksanakan dan dijangka siap lima tahun lagi. 

6. Dalam fasa ini, kerja yang akan dilaksanakan ialah pembinaan struktur pemecah ombak, pembinaan struktur dykes, pengorekan alur navigasi dari muara Sungai Pahang sehingga Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pembinaan struktur lampu tanda arah suar.

7. Projek ini memberi manfaat kepada lebih 700 nelayan yang keluar masuk di muara sungai dan mengurangkan risiko banjir kepada 31,800 penduduk di kawasan sekitar. Insya-Allah

Alhamdulillah, terima kasih semua!

DATO’ SERI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) – HARAKAHDAILY 14/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -