Dirgahayu Tuanku

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, hari ini.

“Patik mendoakan semoga Allah SWT melimpahkan kurnia nikmat penuh berkah, hidayah dan afiah kepada Tuanku untuk memimpin seluruh #KeluargaMalaysia dan menaungi negara yang kita cintai ini.

- Advertisement -

“Dirgahayu Tuanku,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, pagi ini.

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob juga merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan sembah tahniah kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dilanjutkan usia, sentiasa diberi kesihatan berpanjangan dan sentiasa dibawah rahmat Allah SWT,” ujarnya.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula mewakili seluruh rakyat negeri itu merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Patik sekalian sentiasa mendoakan agar dipanjangkan usia dan diberkati pemerintahan KDYMM Tuanku. Menjunjung kasih Tuanku,” katanya.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda. – HARAKAHDAILY 6/6/2022

- Advertisement -