Kunjungan Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat ke Turkiye

- Advertisement -

LAJNAH Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat mewakili PAS telah menerima jemputan untuk menghadiri Persidangan Gabungan Antarabangsa Pembebasan Palestin di Istanbul, Turkiye pada hujung bulan lalu yang dihadiri oleh saya selaku Pengerusi Lajnah, Prof. Madya Aminurrasyid dan YB Dato’ Mumtaz Md. Nawi.

- Advertisement -

Di samping itu juga, rombongan kami turut dijemput untuk menghadiri rapat umum sambutan perayaan sempena pembukaan Constantinople iaitu Istanbul yang diadakan pada 28 Mei lalu di mana sambutan ini dimulakan oleh Almahrum Prof. Nejmuddin Erbakan sekitar 1970an yang kini dijadikan acara rasmi Kerajaan Turkiye pimpinan Presiden Recep Tayyip Edrogan.

Rombongan kami turut berpeluang mengadakan pertemuan dengan pelbagai parti politik dan pertubuhan di Turki seperti pertemuan dengan Prof. Numan Kurtulmus, Timbalan Presiden AK Party yang memerintah Turki dan En. Temel, Presiden Saadat Partisi.

Pertemuan yang penuh bermakna dengan pelbagai pihak ini turut memberikan peluang untuk bertukar – tukar pandangan tentang situasi semasa dan terkini dunia serta perkembangan Dunia Islam termasuk juga tentang hubungan dua hala antara Malaysia dan Turki.

Pada 27 – 29 Mei lalu, YB Dato’ Mumtaz Md. Nawi telah menghadiri Persidangan Kesatuan Wanita Sedunia ke 7 ( Persatuan Perintis Wanita Baitul Maqdis ) yang berlangsung di Kaya Istanbul Fair & Convention, Istanbul, Turki.

Turut bersama YB Dato’ Mumtaz Md. Nawi menghadiri persidangan tersebut ialah Suraya Syazwani Mohd. Yusof dan Mardhiyyah Johari.

Persidangan yang menghimpunkan wakil daripada 42 buah negara ini mempunyai tujuan yang besar iaitu untuk memperkasakan dan memperkukuhkan peranan wanita sedunia dalam menyokong perjuangan wanita Palestin serta penentangan terhadap normalisasi negara – negara Arab dengan negara haram Israel yang cuba memadamkan perjuangan Palestin di kalangan umat Islam.

Dengan tema Perintis Al – Quds Mencetus Kemenangan ( The Al-Quds’ Pioneers Make Its Victory ) , persidangan hari pertama yang berlangsung pada 27 Mei 2022 telah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

1.Ucapan daripada Presiden Kesatuan Wanita Sedunia serta wakil daripada Palestin, Asia Pasifik, India, Afrika, Turki dan Timur Tengah. Selain itu turut terdapat ucapan daripada wakil banduan serta murabitat Palestin.

Menteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial Turki, Derya Yanik turut menyampaikan ucaptama dalam persidangan tersebut sebagai mewakili Turki yang menjadi tuan tumah kepada persidangan tersebut.

Majlis turut memaparkan tayangan video berkaitan penderitaan keluarga shuhada’ Palestin serta kisah ikon-ikon wanita yang berjuang demi Palestin di pelbagai negara yang terdiri daripada aktivis, peguam dan ahli politik.

2. Tribute untuk Shireen Abu Aqleh, wartawan Al Jazeera Palestin yang dibunuh oleh tentera regim zionis Israel pada 11 Mei lalu ketika sedang membuat liputan di sebuah kem pelarian di Jenin, Tebing Barat.

3. Simposium berkenaan membina kesedaran dari aspek kognitif ( Dr. Khaled Al-Owaisi ), undang -undang ( Dr. Saed Al – Dahshan ), media ( Rawaa Auge – Wartawan Al-Jazeera ) dan pendidikan ( Dr.. Hiba Ezzat Abdul Rauf ).

4. Kutipan dana melalui projek Ikrar Keluarga ( Family Pledge ) iaitu komitmen sumbangan bulanan untuk keluarga Palestin.

5. Berpeluang bertemu dan berbincang dengan wakil delegasi pelbagai negara seperti Turki, Indonesia, Pakistan, Somalia dan lain – lain negara.

6.YB Dato’ Mumtaz Md. Nawi turut mengambil kesempatan memgadakan kunjung hormat ke pejabat Kesatuan NGO Dunia Islam ( iDSB / UNIW ) yang bertempat di Fetih, Istanbul. Rombongan disambut oleh Dr. Rabia Yilmaz serta pimpinan iDSB.

Semoga kunjungan ke Turkiye kali ini mampu membuahkan hasil yang memberangsangkan samada untuk merapatkan lagi hubungan antara Turkiye dan Malaysia, antara PAS, AK Party dan Saadat Partisi mahupun hubungan sesama negara – negara Dunia Islam insyallah.

Semoga Palestin dan warganya senantiasa dilindungi Allah SWT dan beroleh kemenangan tidak lama lagi.

Bebaskan Palestin, Bebaskan Masjidil Aqsa.

Islam Menyatukan Umat.

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 4/6/2022

- Advertisement -