Maahad Tahfiz rayu dana siap bangunan asrama

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Maahad Tahfiz Daril Naim memohon bantuan orang ramai untuk menyiapkan pembinaan bangunan asrama tiga tingkat bagi menempatkan 50 pelajar perempuan.

Mudirnya, Wan Alaudin Wan Ahmad berkata, pembinaan asrama terbabit yang kini mencecah kemajuan kira-kira 70 peratus akan menempatkan pelajar perempuan sesi hadapan.

Katanya pembinaan asrama tersebut bagi menampung permintaan masyarakat terhadap sistem pendidikan agama yang semakin meningkat di Kelantan.

- Advertisement -

“Kita mula membina bangunan asrama ini pada Januari lepas yang melibatkan kos RM700,000 dan sehingga sekarang kita sudah bayar RM400,000 dan kita masih perlukan RM300,000 lagi.

“Sebenarnya tapak ini merupakan tapak asrama lama yang kita robohkan untuk membina bangunan baru bagi menampung pertambahan bilangan pelajar,” katanya di sini.

Wan Alaudin berkata, sekolah itu mempunyai seramai 180 pelajar iaitu 143 lelaki dan 37 perempuan. Mereka mengikuti pengajian agama Islam dan akademik secara serentak.

Menurutnya juga Madrasah Daril Naim turut menawarkan pengajian daripada tahfiz al-Quran sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumbangan boleh disalurkan atas nama Maahad Tahfiz Daril Naim (MTDN) melaui Bank Islam Malaysia Berhad – 0301 8010077694; Bank Simpanan Nasional Berhad – 0310 0410 00004962 dan Bank Muamalat – 0303 0000188 716.

Atau sebarang pertanyaan boleh hubungi 017-853 5505 atau 012-900 9745, menerusi email pula, [email protected] dan [email protected]. – HARAKAHDAILY 29/5/2022

- Advertisement -