Sesi bersama SPRM tingkat kesedaran integriti

- Advertisement -

DIALOG dan perkongsian pandangan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang. 

Kami menyentuh banyak perkara mengenai ketelusan dan integriti khususnya dalam hal-hal berkaitan pentadbiran awam, bantuan bencana serta kesedaran dan persepsi awam. 

- Advertisement -

Kami juga saling bertukar pendapat mengenai kerjasama yang boleh diusahakan dari semasa ke semasa. 

Alhamdulillah, saya hargai kunjungan Tuan Hairuzam Mohamad Amin, Pengarah SPRM Negeri Pahang dan para pegawai beliau ke pejabat saya petang kelmarin. 

Ia sebahagian daripada sesi libat urus pihak SPRM dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kesedaran mengenai integriti serta kepentingan untuk menutup ruang-ruang yang boleh diambil kesempatan oleh pelaku rasuah. 

Turut bersama dalam sesi tersebut, Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Encik Wan Emril Nizam dan Pengerusi Majlis Belia Negeri Pahang, Encik Izzat Afifi, serta para pegawai masing-masing. Terima kasih kepada semua yang hadir. 

Saya berbesar hati menerima kunjungan daripada mana-mana pihak untuk sesi dialog dan perbincangan seumpama ini, serta sentiasa membuka pintu bagi sebarang bentuk kerjasama yang boleh memberi manfaat dan kebaikan kepada agama dan masyarakat. 

Semoga usaha-usaha yang baik akan diberkati oleh Allah, dipermudahkan urusan dan membuahkan hasil yang baik untuk semua.

ANDANSURA RABU
ADUN Beserah – HARAKAHDAILY 28/4/2022

- Advertisement -