RM500 bantuan Aidilfitri guru pondok di Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada guru-guru pondok di negeri itu.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, bantuan khas tersebut akan disalur sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

- Advertisement -

Selain itu katanya bantuan khas sebanyak RM500 juga kepada penghulu mukim, penghulu tanpa mukim parlimen dan Dun, pegawai dan guru Halaqat, Ahli Majlis, Penyelaras ICT Dun serta Penyelaras Armalah.

“Manakala RM250 diberi kepada guru al Quran, guru fardu ain dan guru mudaribbah Pusat Pembangunan Wanita Kelantan,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri juga meluluskan Bantuan Khas Keangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam negeri bermula gred 56 ke bawah.

Menurutnya juga kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei ini sebagai hari kelepasan am (cuti peristiwa) bagi negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 20/4/2022

- Advertisement -