PKINK hargai pengorbanan petugas kesihatan tangani wabak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengagihkan 200 pek juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Turut menerima sumbangan serupa Pusat Perubatan An-Nisa’ sempena Program Ihya Ramadan 1443 PKINK.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, sumbangan itu sebagai tanda penghargaan dan ingatan kepada seluruh petugas barisan hadapan kesihatan.

Katanya mereka berhempas pulas menjaga pesakit serta sentiasa berusaha menghentikan penularan wabak Covid-19 di Kelantan.

“Terima kasih semua frontliners atas perkhidmatan yang diberikan. Semoga setiap pengorbanan dan kerja buat yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T,” katanya pada program tersebut semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, pegawai kanan agensi terbabit dan Timbalan Pengarah Perubatan I HRPZ ll, Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin.

Ab Aziz pula berharap sumbangan yang diberikan itu dapat membantu meringankan beban petugas hospital menangani pandemik yang masih belum berakhir.

“Sokongan yang sepenuhnya harus diberikan kepada institusi kesihatan di saat wabak Covid-19 masih belum berpenghujung,” ujarnya. – UPKN

- Advertisement -