Pengarah LHDN Perak sambut cadangan Pemuda PAS

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH harini kami Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak mengadakan sesi kunjung hormat ke pejabat Pengarah LHDNM Negeri Perak, YBhg. Puan Norhanadia Samsudin di Wisma HASIL Ipoh, Perak

- Advertisement -

Fokus pertemuan tersebut adalah bagi berkongsi maklumat dan mengemukakan beberapa solusi anak muda khususnya melibatkan golongan yang baru memulakan kerjaya atau perniagaan kecil dan sederhana, antara cadangannya;

1. Pelaksanaan Program Khas Pengampunan Kali Pertama dengan menawarkan Kursus Bimbingan Percukaian.

2. Menggiatkan Promosi Bayaran Zakat (Muslim) Yang Boleh Mendapat Rebat Cukai Secara Langsung.

3. Membantu Program Kempen Kesedaran Tanggungjawab Warganegara Terhadap Percukaian Negara.

Malah pelbagai usaha telah diambil pihak LHDNM dalam meningkatkan rasa tanggungjawab rakyat Malaysia terhadap percukaian yang membantu pembangunan negara sangat wajar dihargai

Semoga pertemuan tersebut  bakal menghasilkan perkembangan positif dalam membantu anak muda ketika berdepan cabaran kos sara hidup masa kini, Insya-Allah.

HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 14/4/2022

- Advertisement -