Kelantan cadang gubal RUU larang remaja hisap vape

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Kerajaan Kelantan mencadang diwujudkan Rang Undang-Undang (RUU) melarang remaja dan kanak-kanak khusus mereka yang lahir bermula 1 Januari 2005 di negeri itu daripada menghisap rokok elektronik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, cadangan itu masih di peringkat awal dan peraturan mengenainya perlu dibentang di Parlimen terlebih dahulu.

Katanya, pelaksanaanya bergantung kepada persetujuan majoriti ahli-ahli parlimen.

- Advertisement -

“Untuk peringkat awal kita akan laksanakan pendidikan mengenai bahaya vape supaya masyarakat sedar tentang mengenainya.

“Lagi pun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan beri solusi untuk mencegah penggunaan tembakau dan lain-lain,” kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Semalam KKM membentang kertas mengenai kesan rokok dan rokok elektronik.

Dr Izani berkata, beliau tidak mahu sentuh mengenai rokok kerana ia sudah lama dan semua maklum mengenai bahayanya, di mana kos perubatan akibat rokok mencecah RM6 juta setahun.

Menurutnya juga RUU mengenai peraturan larangan menghisap vape perlu diwujud memandangkan ramai kalangan remaja seawal usia 10 tahun mula wape yang mempunyai kandungan nikotin.

“Kita lihat masyarakat termasuk yang kecil (budak) mengambil vape seolah-olah rokok eletronik tidak bahaya. Sedangkan vape mempunyai kandungan nikotin yang lebih bahaya.

“Saya menyarankan ibu bapa memantau anak-anak mereka terhadap penggunaan vape. Isu ini dibincang dalam mesyuarat Exco memandangkan ada pelajar sekolah rendah turut terbabit,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau kerajaan Kelantan tidak mengeluarkan lesen premis bagi perniagaan rokok elektronik.

“Kita tidak mengeluarkan lesen kebenaran, namun kita tidak ada kuasa menghalang orang menghisap vape. Oleh itu kita perlu satu undang-undang di peringkat parlimen,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/4/2022

- Advertisement -