Kebenaran dan hak pasti akan diadili

- Advertisement -

SETIAP perbuatan kita tidak pernah luput dari pengawasan Allah S.W.T. Setiap kebaikan akan mendapat ganjaran daripada-Nya dan setiap kesalahan yang kita kepada orang lain, semuanya akan diadili dan ditebus di akhirat nanti.

- Advertisement -

Semua hak-hak yang tidak ditunaikan semasa di dunia akan diputuskan nanti di hadapan Allah. Sekecil manapun kezaliman itu, bahkan seekor kambing yang menanduk kambing yang lainnya juga akan diadili oleh Allah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ مِنْ الشَّاةِ الْقَرْنَاءِ

“Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Semua hak itu pasti akan dipenuhi (dibalas) pada hari kiamat kelak, hingga kambing bertanduk pun akan dituntut untuk dibalas oleh kambing yang tidak bertanduk.””

(Riwayat Muslim (4679))

Imam Nawawi menjelaskan dalam syarahnya: “Adapun qisas bagi haiwan bertanduk terhadap haiwan tidak bartanduk bukanlah seperti qisas orang yang bertanggungjawab kerana haiwan tersebut tiada pentaklifan akan tetapi bagi haiwan itu ada qisas muqabalah (balas membalas).”

[Syarah Sahih Muslim, 16/136]

Hak pasti akan tertegak di akhirat nanti. Pada hari itu, tiada lagi pangkat dan jawatan, semuanya sama di hadapan Allah. Jika perbuatan yang dilakukan haiwan pun akan diqisaskan oleh Allah di hari kiamat, maka apatah lagi kezaliman yang terjadi di antara manusia sudah pasti akan diadili dan diberi balasan sewajarnya. Yang hak pasti akan tersuluh, yang batil pasti akan hilang.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 30/3/2022

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -