146 warga emas menghuni rumah kebajikan di Perlis

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Seramai 146 warga emas menghuni rumah kebajikan di Perlis termasuk 117 daripadanya merupakan penghuni Rumah Seri Kenangan Kangar.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ruzaini Rais berkata, mereka didaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri.

- Advertisement -

“Manakala bakinya ditempatkan di tiga rumah kebajikan diurus NGO iaitu Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Baitul Hannan, Kaki Bukit dan Batu Bertangkup.

“Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Baitul Hannan terdapat sembilan penghuni, Kaki Bukit (12) dan Batu Bertangkup (8),” katanya menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) pada persidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurut Ruzaini, warga emas yang ditempatkan di rumah jagaan tersebut hendaklah mendapat kebenaran dari waris agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

“Kita memerlukan kebenaran pihak waris memandangkan jika berlaku kematian atau perkara kecemasan ia dimaklumkan kepada mereka.

“Selain itu, JKM serta NGO juga menyediakan khidmat pengurusan diri kepada warga emas yang didapati berkeliaran sekitar bandar tanpa diurus,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/3/2022

- Advertisement -