Islam puji pekerja bersungguh-sungguh, berintegriti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Islam memuji pekerja yang bersungguh-sungguh dan berintegriti, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, Nabi SAW berpesan sesiapa yang bekerja secara halal untuk menjauhkan diri daripada meminta-minta dan berusaha untuk keluarganya, maka akan dibangkitkan di akhirat dengan muka yang indah bagai bulan purnama.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 683 warga KASA yang dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020 dan 2021, semalam.

“Semoga para pekerja cemerlang menjadi nukleus yang mengembangkan budaya dan persekitaran positif di pejabat,” ujarnya dalam catatan di laman Facebook beliau, malam tadi.

Pada satu lagi catatan, beliau memaklumkan bermesyuarat bersama semua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

Beliau amat menghargai amanah besar yang dipikul oleh mereka bagi memastikan maslahah rakyat diutamakan khususnya dalam kerja-kerja pasca banjir.

“Saya berharap projek-projek pasca banjir dijalankan dengan segera supaya boleh mengurangkan risiko kehilangan nyawa, harta benda dan kehidupan rakyat. Insya-Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. – HARAKAHDAILY 29/3/2022

- Advertisement -