Anjung Kasih dibina di 17 hospital seluruh negara

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menerima tajaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM6.5 juta bagi tiga penubuhan Better Brighter Anjung Kasih di seluruh negara.

Pengerusinya, Dato’ Seri Rina Harun berkata, Anjung Kasih merupakan tempat penginapan sementara untuk keluarga yang kurang berkemampuan ketika mengiringi pesakit di hospital.

- Advertisement -

Katanya, penginapan itu dapat memanfaatkan seramai 80,574 waris pesakit daripada 17 Anjung Kasih YKN di seluruh negara.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan komited terhadap keperluan rakyat bagi menubuhkan Anjung Kasih YKN di hospital yang menjadi rujukan kepada pesakit yang datang dari luar daerah.

“Dengan ada penginapan tersebut warus yang mengiringi pesakit tidak perlu berulang alik dari rumah atau menginap di hotel dengan kadar sewa yang agak tinggi,” katanya,

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika dalam majlis serahan tajaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi penubuhan Better Brighter Anjung Kasih YKN-TNB di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan.

Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, HRPZ II menerima tajaan sebanyak RM1.5 juta yang dijangka memberi manfaat kepada keluarga pesakit mulai Disember 2022.

“YKN menerima sumbangan daripada pelbagai pihak dan sentiasa mengalukan-lukan syarikat korporat, NGO atau individu untuk bekerjasama dengan YKN dalam membantu golongan memerlukan,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/3/2022

- Advertisement -