Misi Kemanusiaan PASRelief berlepas ke Afghanistan

- Advertisement -

Oleh ‘IFFAH HANANI ABDULLAH

KUALA LUMPUR:
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) meneruskan lagi misi kemanusiaan kali ini ke Afghanistan.

Pengarah PASRelief, Yusni Mat Piah mengetuai kumpulan seramai 13 anggota itu yang turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain. 

- Advertisement -

Menurutnya, fokus misi kali ini untuk menyampaikan sumbangan pek makanan dan penempatan anak yatim.

Katanya, rakyat Afghanistan yang susah dan miskin akibat mereka dikenakan tindakan zalim oleh Amerika Syarikat.

“Apabila Amerika diusir keluar dari bumi Afghanistan dan Taliban menguasai kerajaan Afghanistan, Amerika telah mengambil tindakan kejam dengan membekukan dana negara Afghanistan,” ujarnya.

Tambahnya, hal tersebut telah menyebabkan hidup rakyat Afghanistan hari ini berada dalam krisis kemanusiaan dan kebuluran.

Sebagai umat Islam, ujar beliau PASRelief terpanggil untuk sama-sama membantu mereka di sana.

“Dalam keadaan kita bergembira untuk menyambut Ramadhan, pastikan saudara kita umat Islam di Afghanistan juga turut gembira dengan sumbangan dari kita sebagai persiapan mereka di musim sejuk untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak” katanya.

Delegasi telah berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lahore jam 2.30 petang kelmarin.

Turut bersama ialah An-Nasr Care, Syabab Care, Nusrah Care, Yayasan Isra’ Malaysia, Geng Ustaz, Geng Talaqqi, Al-Azhar Care dan Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Para dermawan yang prihatin dan ingin turut sama menyumbang bagi menjayakan misi Ramadhan4Afghan boleh menghulurkan melalui Maybank Islamic atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 564070611352 atau PASRELIEF 564070612333. – HARAKAHDAILY 16/3/2022

- Advertisement -