PASTI terus dapat permintaan tinggi

- Advertisement -

PERMINTAAN tinggi bukti kewibawaan dan keupayaan guru-guru PASTI. 

Saban tahun sejumlah pendaftaran pelajar ke PASTI terpaksa ditolak kerana tempat yang terhad. 

- Advertisement -

Permintaan yang tinggi menjadi bukti kepercayaan masyarakat kepada institusi pendidikan prasekolah PASTI. 

Ia juga bukti kepercayaan masyarakat kepada keupayaan guru-guru PASTI dalam memberikan pendidikan awal yang baik kepada anak-anak. 

Saya hadir memenuhi jemputan merasmikan Muktamar Majlis Guru PASTI Negeri Pahang di De Rhu Beach Resort pagi semalam. 

Kira-kira 50 orang perwakilan guru-guru PASTI dari seluruh negeri berkumpul selaku bagi membincangkan pelbagai perkara dalam program tahunan tersebut. 

PASTI merupakan rangkaian prasekolah paling meluas dan cepat bercambah di negara ini. 

Sumbangan para guru PASTI tidak boleh diperkecil kepada pendidikan awal kanak-kanak khususnya pembentukan pemikiran dan sahsiah yang baik. 

Para guru ini dilatih melalui Institut Perguruan PASTI Malaysia (IPPM) yang sentiasa mengemaskini teknik pengajaran dan kurikulum terkini agar kekal relevan dengan peredaran masa. 

Saya bangga dengan perkembangan dan pencapaian institusi PASTI yang sudah lebih 30 tahun berada di tengah-tengah masyarakat memberikan pendidikan kepada anak-anak. 

Saya menaruh harapan profesion perguruan institusi PASTI akan terus diperkasa khususnya dari sudut kemudahan dan profesionalisme kerana ia merupakan aset utama institusi ini. 

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada para guru PASTI. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti untuk agama, bangsa dan negara.

ANDANSURA RABU
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang
ADUN Beserah – HARAKAHDAILY 2/3/2022

- Advertisement -