Masjid jadi lokasi wajib dikunjungi wakil rakyat

- Advertisement -

Oleh BASITH SAMAD

KOTA KINABALU:
Pemimpin politik hendaklah menjadikan masjid dan surau antara lokasi penting yang perlu dilawati setiap hari untuk bertemu masyarakat, di samping menunaikan solat berjemaah.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, wakil-wakil rakyat hendaklah menjadi agenda tersebut sebagai suatu kelaziman untuk bertemu masyarakat di kawasan masing-masing.

- Advertisement -

Katanya, pemimpin dan ahli politik Muslim perlu menjadikan solat berjemaah sebagai rutin harian mereka dan tidak menjadikan hanya berlaku pada musim tertentu sahaja.

“Jangan pula ada wakil rakyat hanya datang berjemaah solat Jumaat atau Hari Raya sahaja. Jangan juga ada YB datang ke masjid ketika ada program atau hanya menyampaikan sumbangan sahaja.

“Kita boleh atur masa supaya sempat berjemaah di masjid dan surau memandang tempat tersebut penuh dengan rahmat,“ katanya pada catatan di laman sosialnya.

Dr Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan Sabah berkata, kempen seumpama itu  penting terutamanya untuk ahli-ahli politik khususnya wakil rakyat.

Beliau juga bwrkata, pelancaran program Bulan Solat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Idris Ahmad baru-baru ini kena padanya sempena bulan Rejab, yang mana berlaku  peristiwa Israk dan Mikraj.

“Antara perkara penting yang terkandung dalam peristiwa itu ialah kewajipan solat lima waktu sehari khusus untuk orang Islam. Ayuh datang dan solat berjemaah di rumah-rumah Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/2/2022

- Advertisement -