LATAS Port Dickson majukan projek durian

- Advertisement -

PORT DICKSON: Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Kawasan Port Dickson mengorak langkah memajukan projek durian mampu milik (PDMM) apabila kerja-kerja projek fasa 2 bermula.

Fasa 2 PDMM diadakan di atas sebidang tanah seluas dua ekar yang terletak di Sungai Raya, Pasir Panjang, di sini.

- Advertisement -

Pengarah PDMM, Abdul Rahim Mansor menjelaskan bahawa projek itu adalah sambungan daripada projek fasa 1 yang telah dijalankan Sungai Menyala, Telok Kemang.

Fasa 1 PDMM telah menanam sebanyak 40 batang pokok durian yang terdiri daripada pelbagai jenis melibatkan 30 peserta.

“Kerja-kerja pembersihan tapak telah dimulakan hari ini, iaitu sebaik selesai kerja-kerja mengukur persempadanan,” kata Abdul Rahim.

Menurutnya, fasa kedua boleh ditanam dengan 80 batang pokok durian dan sehingga kini masih berbaki 20 pokok yang belum dimiliki oleh peserta.

Katanya, PDMM adalah di bawah pengurusan RSElite Management iaitu syarikat yang bertanggungjawab menjalankan kerjasama dengan LATAS Port Dickson.

Untuk mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di talian 019-6609695 atau Rahman Shah Aris 010-7861462. – HARAKAHDAILY 22/2/2022

- Advertisement -