Tahniah Mesir dilantik Presiden UNFCCC COP-27

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man merakamkan ucapan tahniah kepada Mesir selaku Presiden United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) COP-27 yang akan datang.

- Advertisement -

Katanya, pelantikan itu merupakan peluang emas bagi mewakili suara negara membangun dalam menerajui perbincangan perubahan iklim di peringkat global.

Selain itu, ujar beliau banyak perkara dibincangkan tertumpu kepada agenda perubahan iklim dan hal-hal berkaitan dasar serta teknikal persidangan COP-27.

“Insya-Allah, kami turut menjangkakan beberapa kerjasama yang boleh disinergikan terutama mengenai pengurusan sumber air,” ujarnya menerusi laman Facebook, hari ini.

Beliau juga memaklumkan menerima kunjungan Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr di pejabatnya, semalam. – HARAKAHDAILY 18/2/2022

- Advertisement -