Kunjungan Duta Jepun rintis kerjasama lebih bermanfaat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pertemuan beliau dengan Duta Jepun ke negara ini, Takahashi Katsuhiko akan merintis kerjasama lebih erat.

Beliau menerima kunjungan duta tersebut dan delegasi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), hari ini.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, saya menerima tetamu Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko dan delegasi di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), pagi tadi,” katanya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Menurutnya, bagi pihak KASA, pihaknyamengalu-alukan kehadiran beliau dan bersetuju menjalinkan kerjasama dalam bidang pengurusan alam sekitar, perubahan iklim dan pengurusan air.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, banyak perkara yang telah dibincangkan pada pertemuan itu.

Beliau berkata, antaranya mengenai pengurusan sumber air, risiko bencana, model sistem radar cuaca dan pencemaran plastik marin.

“Saya sangat berbesar hati agar pertemuan dua hala pagi ini akan merintis kerjasama yang lebih bermanfaat pada masa akan datang. Insya-Allah,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 17/2/2022

- Advertisement -