Ustaz Idris, Nik Zawawi dianugerah gelaran Datuk

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menerima Darjah Kebesaran, Panglima Mahkota Wilayah bagi tahun 2022.

Dua pimpinan PAS itu dikurniakan darjah kebesaran pangkat ketiga iaitu Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran Datuk.

Gelaran itu dianugerahkan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang menyaksikan 59 penerima menerima anugerah berkenaan hari ini.

Seramai 263 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan dalam Istiadat Pengurniaan berkenaan tahun ini.

Pada istiadat pengurniaan kali ini, seorang individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Pertama iaitu Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, 15 individu pula dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kedua iaitu Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Seterusnya, 48 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Keempat iaitu Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.), 53 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Kelima iaitu Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W.), 34 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Keenam iaitu Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W.) dan 53 individu dianugerahi Darjah Kebesaran Pangkat Ketujuh iaitu Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.) – HARAKAHDAILY 8/2/2022

- Advertisement -