Kilang air batu RM9 juta di Tok Bali hampir siap

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Sebuah kilang air batu bernilai lebih RM9 juta hampir siap dibina di Tok Bali bagi memberi kemudahan kepada 400 nelayan bot laut dalam dan nelayan pantai mendapatkan bekalan sebelum turun ke laut.

- Advertisement -

Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, kilang berkenaan yang kini 90 siap dibina berupaya mengeluarkan air batu sebanyak 200 metrik tan (mt) sehari yang dijangka mula operasi September depan.

Katanya, apabila beroperasi nanti nelayan di Tok Bali tidak perlu lagi mendapatkan bekalan tambahan dari Tumpat kerana sebelum ini bekalan tempatan tidak mencukupi bagi menampung keperluan nelayan.

“Kilang berkenaan merupakan  yang terbesar di Kelantan mampu eksport air batu ke luar Tok Bali termasuk Kota Bharu dan Bachok,“ katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat DUN Semerak di sini.

Kata beliau juga kilang berkenaan dapat menarik pengusaha bot laut dalam tempatan mendaratkan hasil  tangkapan ikan di Tok Bali memandangkan sebelum ini terdapat dalam kalangan mereka mendaratkan hasil  tangkapan di negara jiran dengan alasan mudah untuk mendapatkan bekalan air batu. – HARAKAHDAILY 5/2/2022

- Advertisement -