PAS Sabah lancar sambutan Tahun Baru Cina

- Advertisement -

Oleh SITI NADIRAH SHASHA

KOTA KINABALU:
PAS Sabah dengan kerjasama PAS Sepanggar melancarkan Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, semalam.

Menurut Setiausaha PAS negeri, Dr Aliakbar Gulasan, pelbagai program sudah dan akan dilaksanakan di semua kawasan seluruh Sabah khususnya menyantuni dan menziarahi masyarakat Cina di setiap kawasan.

- Advertisement -

“Selepas majlis pelancaran, kami mengedar buah limau kepada masyarakat Cina sekitar Taman Canggih, Kota Kinabalu.

“Kemudian kami menziarahi serta menyantuni pihak pengurusan Tokong Puh Toh Si,” ujarnya yang juga ADUN Dilantik.

Menurut beliau lagi, program diakhiri dengan melawat serta menyampaikan limau dan kek di Chinese Temple Jalan Tuaran.

“Hasrat kami dari PAS Sabah, marilah sama-sama kita menjadi ejen kepada keamanan dan keharmonian. Kunci kejayaan kita adalah perpaduan dan kesatuan,” ujar beliau lagi.

Pemimpin PAS negeri yang turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya merangkap Pengerusi Biro Perpaduan, Sahar Abdul Majid, Timbalan Pesuruhjaya merangkap Penasihat Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Abdul Hisham Othman. – HARAKAHDAILY 2/2/2022

- Advertisement -