Rai kaum Tionghua, pupuk semangat muhibah

- Advertisement -

TAMBUN: Lajnah Perpaduan Nasional dan Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun telah menyantuni warga kaum Tionghua yang mengunjungi Pasar Chemor dan Pasar Tanjung Rambutan di sini, kelmarin dahulu. 

- Advertisement -

Inisiatif sempena menjelang sambutan Tahun Baharu Cina sebagai  meraikan penduduk setempat ini dipimpin bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Zanah Jalil dan Pengerusi Lajnah Dakwah, Ustazah Rahelah Khalid.

Program ini menurutnya, bertujuan memupuk semangat muhibah dalam kalangan masyarakat, sekali gus sebagai usaha mengeratkan hubungan Muslimat PAS Tambun dengan masyarakat Tionghua yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina.

“Dewan Muslimat memanfaatkan peluang ini kerana (ia) dilihat dapat memupuk perpaduan dan keharmonian sesama kaum. Melaluinya usaha dakwah kepada golongan bukan Islam dapat dipertingkatkan. 

“PAS merupakan parti yang meraikan semua kaum. Mudah-mudahan sedikit sebanyak daripada dapatan program membuka mata masyarakat khususnya kaum Tionghua bahawa PAS sentiasa mementingkan sikap hormat menghormati terhadap bukan-Islam,” ujarnya. 

Dalam program itu seluruh pengunjung dan peniaga Cina telah diraikan dengan buah tangan berupa kuih kapit, limau mandarin dan juga risalah dakwah yang dicetak khas hasil keluaran Lajnah Dakwah Muslimat PAS Tambun. – HARAKAHDAILY 1/2/2022

- Advertisement -