Perpaduan kaum dimeriahkan sempena Tahun Baharu Cina

- Advertisement -

TELUK INTAN: Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan sentiasa mendukung usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara ini yang terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai bangsa, agama dan budaya.

- Advertisement -

Pengerusi LPN Muslimat PAS Teluk Intan, Nor Asiah Ahmad berkata, berlainan agama dan bangsa tidak menjadi penghalang sesama insan menyebarluaskan kebaikan sesuai dengan ajaran Nabi Muhammad SAW diutus bagi menyempurnakan akhlak mulia.

Beliau bersama anggota Muslimat PAS Teluk Intan telah mengadakan menyantuni masyarakat Tionghua menjelang perayaan Tahun Baharu Cina di sekitar Batak Rabit dan Taman Desa Bakti, di sini kelmarin dahulu.

Program saban tahun diadakan ini turut sama mendapat kerjasama daripada Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Teluk Intan, Norasiha Hanapi dalam usaha melebarluaskan jaringan dakwah pada misi yang dijalankan.

Dalam ziarah kunjungan diadakan itu, rombongan Dewan Muslimat PAS Teluk Intan telah menyampaikan buah tangan berupa pemberian kuih bahulu kepada kaum Tionghua yang ditemui mereka.

Sempena program ini juga, delegasi berkenaan turut melakukan kunjungan ke Pejabat GERAKAN Teluk Intan bagi mengerat hubungan sesama parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Asiah yang boleh bertutur bahasa Mandarin berharap dengan kerjasama terjalin di dalam PN masing-masing dapat memperkuatkan akar umbi untuk menghadapi PRN Johor akan datang.

Dalam pertemuan tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan penghargaan berbentuk ‘hamper’ kepada Ketua Wanita GERAKAN, Siew Gwek Heang dan Ketua Biro Ekonomi, Tan Gaik Suan.

Kunjungan turut disertai oleh Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan, Hamisah Abas serta beberapa Ahli Jawatankuasa kedua-dua lajnah tersebut. – HARAKAHDAILY 1/2/2022

- Advertisement -