Terkejut kehadiran kereta polis, pemuda lari ke hutan

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Terkejut dengan kehadiran kereta peronda polis ketika sedang membuang sampah, seorang pemuda dilaporkan hilang dalam hutan di Tok Bali Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Endianshah Endal berkata, ketika kejadian Ahmad Zul Mukriz Zakaria, 22, dalam perjalanan untuk membuang sampah di kawasan pembuangan sampah di Taman Perumahan Nelayan Tok Bali jam 12 tengah hari.

- Advertisement -

Bagaimanapun katanya setelah pemuda itu terserempak dengan kereta polis yang membuat rondaan ke kawasan berkenaan, tiba-tiba dia terus melarikan diri ke dalam hutan berdekatan.

“Keluarga mangsa membut laporan di Balai Polis Cherang Ruku setelah mereka gagal mengesan pemuda terbabit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata beliau polis melancarkan gerakan mencari mulai semalam selepas menerima laporan daripada keluarganya.

Menurutnya gerakan itu diteruskan hari ini dengan bantuan beberapa agensi kerajaan termasuk kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), anggota Bomba dan Penyelamat serta Rela. – HARAKAHDAILY 12/1/2022

- Advertisement -