Projek Wakaf Air terus berjalan dengan baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kesyukuran kepada Allah kerana projek Wakaf Air terus berjalan dengan baik.

“Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah projek Wakaf Air terus berjalan dengan baik,” ujarnya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook beliau, malam ini.

- Advertisement -

Menurutnya, hari ini, beliau menyempurnakan kerja pemasangan semula paip bekalan air yang musnah akibat banjir di Kampung Orang Asli Paya Lebar, Sungai Lui, Hulu Langat. Turut bersama meraikan projek itu ialah Adun Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau berkata, projek Wakaf Air itu menyediakan paip sepanjang lebih kurang 2.5 kilometer untuk saluran air dari bukit ke rumah pengguna.

“Kira-kira 75 keluarga mendapat manfaat bagi projek ini. Terima kasih kepada semua pewakaf. Semoga pahala mengalir seperti air,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sebelum itu, beliau bergotong royong bersama penduduk setempat membersihkan kesan banjir di Kampung Cemperai, Dengkil.

“Alhamdulillah, saya seronok dengan semangat dan muafakat rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/1/2022

- Advertisement -