Individu tidak dikenali palsu akaun Fb MB Kedah

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Pengamal media sosial terutamanya rakan page Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor diminta berhati-hati ekoran nama dan gambarnya digunakan di akaun Facebook individu yang tidak dikenali.

Pegawai media Menteri Besar, Helmi Khalid berkata, individu terbabit juga menghantar permintaan sebagai rakan ke akaun media sosialnya.

- Advertisement -

“Ini siapa pula? Baharu request nak jadi kawan tujuh lapan minit lepas, dia ada pula lima friends dan dua mutual friend,” katanya pada hantaran di media sosialnya semalam.

Kata beliau individu berkenaan dilihat bermain kasar kerana menggunakan nama (Muhammad Sanusi) dan gambar di akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun katanya, tarikh lahir yang tertulis di akaun itu (15 Februari 1999) jauh lebih muda berbanding umur Menteri Besar Kedah.

Dalam masa yang sama Sanusi melalui media sosialnya turut memaparkan gambar profile cover akaunnya yang asli dan beberapa perkara yang berbeza dengan akaun klon tersebut.

Sebelum ini page Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Najmi Ahmad diceroboh pihak tertentu yang mengakibatkan admin sebenar page terbabit turut tersingkir. – HARAKAHDAILY 4/1/2022

- Advertisement -