Gimnasium ditutup April 2021 kini dibuka semula

- Advertisement -

ALOR SETAR: Gimnasium Wisma Darul Aman dibuka semula kepada kakitangan Kompleks Wisma Darul Aman selepas ditutup sementara bermula April 2021 bagi kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

Bagaimanapun kerja-kerja pengubahsuaian tertangguh beberapa kali akibat pandemik Covid-19.

- Advertisement -

Namun, semalam ia dibuka sepenuhnya bagi membolehkan kakitangan di Wisma Darul Aman melakukan aktiviti riadah selepas waktu pejabat.

Gimnasium yang terletak di Blok D Kompleks Wisma Darul Aman diperbaharui beberapa peralatan termasuk Treadmill Machine, Exercise Bicycle, 4 Stacks Multistation Gym dan Audio System.

Pengoperasian kemudahan sukan dan rekreasi itu dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim di Wisma Darul Aman semalam.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Dato’ Norizan Khazali; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), Dato’ Syed Shaharuddin Syed Abdullah dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Elmi Yusuff.

Bagi kakitangan yang gemar melakukan aktiviti kesihatan secara ‘indoor’ boleh menggunakan fasiliti yang terdapat di gimnasium tersebut. – Warta Kedah

- Advertisement -