Banjir: Kementerian Komunikasi agih 5,000 Kotak Kasih

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

JELI:
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membelanjakan sebanyak RM500,000 bagi membantu mangsa banjir melalui program Kotak Kasih KKMM di 10 lokasi yang terjejas.

Antaranya di Janda Baik, Lanchang, Mentakab, Jelebu, Tandong Hill, Taman Sri Muda, Batu 20 Sungai Lui, dan Jeli.

- Advertisement -

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, setiap penerima yang terlibat diberi bantuan sebanyak RM300 termasuk bantuan makanan keperluan keperluan harian.

Selain itu katanya RM500 turut diberi kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan peralatan rumah.

“Melalui Program Bantu Hingga Selesai (BAHIS) kira-kira lebih 500 rumah mangsa dibantu dengan membersihkan rumah-rumah mangsa banjir yang terlibat.

“Setakat ini kira-kira 5,000 Kotak Kasih KKMM diagih, selain itu makanan yang dimasak hampir 15,000 pek serta sumbangan barangan elektrik,” katanya selepas majlis Penyerahan Kotak Kasih KKMM Dan Bantuan Rumah Prihatin di Sekolah Kebangsaan Kuala Balah, di sini hari ini.

Annuar juga berkata, bantuan yang diberi mengikut keperluan sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan keperluan.

Menurutnya juga situasi yang paling terkesan dilihatnya sukarelawan KKMM membantu mengeluarkan longgokan barangan yang rosak milik mangsa banjir di Taman Seri Muda.

“Aktiviti tersebut dilakukan pengawai dan kakitangan KKMM dengan kerjasama badan bukan kerajaan bagi membantu penduduk yang terkesan akibat banjir,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/1/2022

- Advertisement -