Yadim taja Dapur Rakyat di bilik operasi pasca banjir

- Advertisement -

Oleh RUSILAH MD SOM

REMBAU:
Dapur Rakyat yang dikendalikan oleh PAS Kawasan Jelebu telah dibuka di bilik operasi misi pasca banjir di Pasti Al Biruni, Taman Bukit Kempas, di sini.

Dapur Rakyat diwujudkan setelah banjir besar melanda daerah Jelebu selepas hujan lebat turun tanpa henti pada 18 Disember lalu, mengakibatkan beberapa buah kampung di daerah ini ditenggelami air beserta banjir lumpur.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Kawasan Jelebu, Amirudin Hassan meletakkan satu tanggungjawab di pihak PAS menyediakan Dapur Rakyat terutama bagi menyediakan makanan buat petugas-petugas misi bantuan serta memenuhi keperluan mangsa banjir.

Menurut Amirudin, dana Dapur Rakyat adalah tajaan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) telah diterima daripada Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustafa.

Rafiei pula mengucapkan terima kasih kepada wakil Ahli Lembaga Pengarah Yadim, Badzli Bakar menyampaikan amanah tersebut kepadanya.

Peruntukan yang diterima untuk Dapur Rakyat tersebut dapat menampung 300 hingga 500 pek makanan sehari bermula 20 Disember lalu hingga 30 Disember ini.

Kehadiran petugas sekitar 40 hingga 50 orang sehari sementara pada Sabtu dan Ahad pula mencapai 80 hingga 100 orang.

Sewaktu menziarahi dapur itu, cef yang bertugas Ahmad Kamal Mohd Arish dan Mohd Syahidullah Anuar baru selesai menyediakan sarapan pagi dan bersiap sedia untuk menyediakan makan tengah hari buat para petugas. – HARAKAHDAILY 28/12/2021

- Advertisement -