Harakah terima sijil penghargaan MADA

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Harakah antara sembilan media menerima sijil penghargaan sempena majlis Malam Setulus Budi, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) semalam.

Penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Dato’ Haslina Abd Hamid itu sebagai mengiktiraf sumbangan media terbabit atas liputan berkenaan MADA sepanjang 2021.

- Advertisement -

Majlis yang diadakan di Dewan Convention, Raia Hotel itu untuk meraikan pegawai dan kakitangan MADA yang bersara pada tahun ini.

Selain seramai 13 kakitangan cemerlang juga mendapat pengiktirafan pada malam berprestij itu.

Hadirin juga dipertontonkan tayangan montaj kejayaan dan aktiviti MADA sepanjang tahun 2021.

Turut hadir Pengerusi MADA, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ketua Pengurus Besar MADA, Kamarudin Dahuli. – HARAKAHDAILY 18/12/2021

- Advertisement -