PSG 2030 bukti YB Akmal gerak kerja demi rakyat

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak menzahirkan ucapan tahniah atas inisiatif dan kejayaan yang telah digerakkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Perak, YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin sepanjang memikul portfolio tersebut.

Persidangan DUN Perak menyaksikan pelbagai usaha dan inisiatif yang sedang dilaksanakan di bawah portfolio YB Akmal telah mencatat kejayaan khususnya dalam merangka sebuah dokumen pelan jangka panjang, Perak Sustainable Greenprint (PSG) 2030 bertujuan merealisasikan hala tuju negeri ke arah berdaya saing, mampan dan inklusif.

- Advertisement -

Sebanyak tujuh sektor keutamaan dalam PSG 2030 meliputi sisa (waste), air (water), tenaga (energy), perhutanan (forestry), pembuatan (manufacturing), pertanian (agriculture) dan pengangkutan (transport) menjadi pemangkin kemajuan berterusan demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak keseluruhannya. 

Dalam pada itu, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan Kerajaan Negeri Perak termasuklah menggunapakai garis panduan perancangan kejiranan hijau dalam perancangan pembangunan; penyediaan laluan basikal dalam bandar; program gotong-royong bersama komuniti; kebun kejiranan dalam komuniti dan penyediaan 10 peratus kawasan lapang bagi pembangunan baru.

Malah turut menjayakan program kempen kesedaran kepada masyarakat melalui program hari tanpa beg plastik, e-Waste dan program kitar semula; program penanaman pokok; pengkomposan sisa pepejal serta menggalakkan penggunaan perkakasan yang lebih efisyen khasnya di premis milik majlis sejajar dengan Renewable Energy (RE) dan Efficient Energy (EE) dengan tujuan untuk mewujudkan bandar rendah karbon.

Sementara itu, kecekapan Jabatan Perhilitan wajar mendapat pujian khususnya dalam menangani aduan gangguan hidupan liar yang menjadi musuh tanaman dan boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada petani dan pekebun. Tanggungjawab terhadap sebarang konflik manusia dan hidupan liar di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) termasuklah babi hutan dan kera meliputi penerimaan aduan awam, siasatan dan pemantauan, tembak halau, tangkap lupus dan tembak mati serta khidmat nasihat kepada penduduk kampung.

Begitu juga dari sudut vaksinasi COVID-19, sebanyak 88.24 peratus golongan dewasa di Negeri Perak yang sudah menerima dos suntikan lengkap manakala sebanyak 10.6 peratus golongan dewasa yang lain belum menerima vaksin atas beberapa sebab seperti masalah kesihatan yang tidak melayakkan seseorang itu menerima vaksin serta terdapat individu yang menolak untuk divaksinasi dan sebagainya. 

Justeru, DPPN Perak amat berharap dan mendoakan agar kecemerlangan gerak kerja YB Akmal di bawah portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Perak dapat diteruskan dengan konsisten memikul amanah serta tugas yang diberikan dalam memacu Negeri Perak ke arah berdaya saing, mampan dan inklusif.

“Memacu Perpaduan”
“Legasi Perjuangan”

Sekian, terima kasih

USTAZ HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 17/12/2021

- Advertisement -