Keluarga dibenar lawat penghuni penjara

Foto hiasan.
- Advertisement -

Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keluarga banduan dibenar melawat di penjara pada 26 hingga 31 Disember sempena sambutan Hari Krismas.

Dalam kenyataan, Jabatan Penjara Malaysia berkata, bagi negeri-negeri yang berada di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, perjumpaan boleh dilaksanakan dengan dua pilihan sama ada video call atau bersemuka untuk pelawat yang lengkap divaksin.

“Seorang penghuni hanya dibenarkan menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga.

“Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang telah membuat temujanji sama ada dengan sistem i-Visit yang boleh dilayari di laman web www.prison.gov.my, melalui panggilan telefon di institusi berkenaan atau melalui email atau surat menyurat ke institusi,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan pada 17 Disember.

Mengulas lanjut, pihak penjara akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan menetapkan masa perjumpaan tidak lebih 30 minit yang juga bergantung kepada situasi penjara berkaitan.

Pihak penjara juga menetapkan hanya dua orang pelawat dalam kalangan ahli keluarga sahaja yang dibenarkan melawat.

“Pelawat warga emas yang berumur lebih 60 tahun, kebenaran yang diberi adalah bersyarat iaitu mesti dalam keadaan sihat dan tidak bergejala.

“Pelawat wajib mematuhi SOP PPN Fasa 4 yang telah ditetapkan semasa perjumpaan,” ulas kenyataan itu.

Mengulas lanjut, bagi kebenaran secara icewarp atau video call hanya terpakai di negeri-negeri yang belum memasuki PPN Fasa 4. – HARAKAHDAILY 17/12/2021

- Advertisement -