PAS DUN Manjoi anjur majlis khatan perdana

- Advertisement -

TAMBUN: Pusat Khidmat PAS DUN Manjoi meneruskan tradisi program berkhatan beramai-ramai agar tidak dilupakan generasi masa kini yang diadakan di perkarangan Klinik Meru Perdana, di sini kelmarin. 

- Advertisement -

Penyelaras program, Ustaz Zubaidi Zainal Abidin berkata, program khatan perdana itu diusahakan bagi membantu mengurangkan beban penduduk khususnya golongan B40 kerana kos berkhatan juga meningkat kini. 

“Kita berjaya mengumpulkan para dermawan untuk sama-sama menjayakan program ini. Kos khatan pada awalnya RM150. (Namun) setiap peserta terlibat hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM70 sahaja.

“Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar, (dengan) 39 penyertaan dari Zon Meru, Klebang dan Chepor. Yang Dipertua PAS Tambun, Ustaz Md Salleh Said telah hadir bagi merasmikan program khatan perdana ini,” ujarnya lanjut. 

Sementara itu, Ustaz Salleh di dalam ucapan perasmiannya berkata, program khatan perdana ini bukan sahaja disertai oleh para peserta, malah turut sama membuka peluang kepada masyarakat yang suka menyumbang. 

“Inilah budaya masyarakat (yang) sihat dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, ia menampakkan (betapa) eratnya hubungan silaturahim sesama masyarakat meskipun (saling) tidak mengenali,” katanya lagi. 

Turut hadir dalam prorgam itu, Ketua PAS Zon Klebang, Ustaz Rosli Azizan dan Ketua PAS Zon Chepor, Ustaz Asfawani Abdullah serta Ketua PAS Zon Perpaduan, Eddy Nor Abd Manan. – HARAKAHDAILY 13/12/2021

- Advertisement -