Komuniti OKU harus dibela

- Advertisement -

Oleh SRIHAYANIS ABASRI

KUALA LUMPUR:
Pengerusinya, Dr Rosni Adam, berkata bagi memastikan pembelaan kepada komuniti OKU dihormati adalah perlu untuk berusaha lebih bersepadu.

Pengerusinya, Dr Rosni Adam, berkata bagi memastikan pembelaan kepada komuniti OKU dihormati adalah perlu untuk berusaha lebih bersepadu.

- Advertisement -

Jelas beliau, masyarakat juga harus lebih peka kepada isu yang didepani oleh komuniti OKU yang dengan pendaftarannya mencecah kepada 587,608 orang.

“Dalam pada itu, sebarang kritikan atau reaksi terhadap insiden yang berlaku seharusnya tidak menghilangkan fokus untuk memberi kefahaman kepada masyarakat perihal isu dan keperluan OKU yang pelbagai.

“Apatah lagi, tema peringkat kebangsaan sempena Sambutan Hari OKU Sedunia 2021 iaitu ‘Kepimpinan dan Pembabitan OKU Menuju Endemik Covid-19’.

“Tema ini memberi gambaran bagaimana seriusnya iltizam pihak berkuasa meletakkan usaha pembangunan sahsiah OKU pada tempat yang sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, kelmarin.

Beliau berkata demikian melalui Pengerusi Sekretariat OKU Prihatin, Muhammad Faizal Che Yusof juga merupakan OKU penglihatan akan sentiasa berusaha menggerakkan pemerkasaan OKU dan keluarga OKU serta pemerkasaan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu OKU.

Justeru, Rosni berkata, setiap individu dalam masyarakat juga harus sedia belajar dan memahami lingkungan isu yang didepani komuniti OKU pada masa kini. – HARAKAHDAILY 11/12/2021

- Advertisement -