Tahniah Kedah langkah tegas isu judi, arak

- Advertisement -

MELAKA: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah susulan langkah tegas menghentikan lesen premis baharu perjudian dan menghadkan penjualan arak di kawasan majoriti orang Islam.

- Advertisement -

Menurutnya, tindakan Kerajaan Negeri Kedah itu merupakan satu tindakan tepat yang seharusnya disokong oleh semua pihak dalam usaha mensejahterakan kehidupan rakyat ke arah gaya hidup yang lebih baik.

“Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, tentulah akan berusaha sebaik mungkin agar perkara yang merosakkan hidup rakyat dijauhi dan dicegah bagi mengelakkan mudarat.

“Mereka yang waras akan mendukung usaha ini. Sebaliknya, mereka yang mempunyai kepentingan dalam urus niaga industri ini atau menjaga kepentingan politik sempit pasti akan menentang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru itu, beliau berharap usaha murni itu terus disokong oleh seluruh rakyat tanpa mengira agama dan kaum kerana nilai yang baik adalah satu nilai yang universal.

Katanya, beliau yakin seorang kaki minum arak pasti tidak mahu anaknya menjadi pemabuk dan seorang kaki judi pasti tidak ingin anaknya ketagihan judi. – HARAKAHDAILY 17/11/2021

- Advertisement -