PN Putrajaya prihatin terhadap ‘riders e-hailing’

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) Parlimen Putrajaya telah menganjurkan program Prihatin Riders bersama para penunggang motosikal perkhidmatan e-hailing yang dilangsungkan di pekarangan Lot Park & Ride Presint 14, di sini kelmarin.

Program dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Kanan (Pendidikan), Mohd Fahim Mohd Farid dan dihadiri Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya, Ahmad Roshidi Wahab dan Ketua BERSATU Bahagian Putrajaya, Mohd Fathul Azam Hashim.

- Advertisement -

Pada program ini, para penunggang yang hadir diberikan sumbangan berupa bakul makanan dan caruman skim pelindungan pekerjaan sendiri secara percuma oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selama setahun.

Turut diberikan kepada mereka adalah baucar petrol daripada Stesen Minyak Petronas di Presint 9 sebagai tanda menghargai peranan dan penyampaian perkhidmatan yang dijayakan kepada masyarakat Pusat Pentadbiran Kerajaan ini.

Ahmad Roshidi dalam ucapannya berkata, PN sememangnya memberi perhatian terhadap golongan tersebut yang antara teramai menjalankan pekerjaan tersebut dan ianya satu perkhidmatan buat warga Putrajaya.

Oleh itu ujarnya, pemberian tersebut sebagai menghargai dan sumbangan buat mereka dari keprihatinan kerajaan terhadap peranan dan pekerjaan mereka.

Program ini turut dibantu Jabatan Amal Malaysia Putrajaya yang memastikan ianya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di mana ia juga dihadiri Naib Yang Dipertua PAS Putrajaya, Rusmadi Ismail dan pimpinan BERSATU. – HARAKAHDAILY 16/11/2021

- Advertisement -