Amaran cuaca buruk peringkat jingga di Kelantan

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Kelantan mulai menerima amaran cuaca buruk peringkat jingga dan kuning bermula tengahari semalam dan hari ini.

Ia sebagai petanda hujan lebat berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Kementerian Alam Sekitar dan Air pada jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan amaran itu, cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan melibatkan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

- Advertisement -

Amaran baharu cuaca buruk peringkat jingga pada Rabu itu dikemas kini berbanding amaran cuaca waspada (kuning) dikeluarkan pada jam 1 tengah hari, Selasa.

Di Terengganu pula amaran waspada hujan berterusan dijangka berlaku di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Cuaca hujan lebat di dua negeri pantai timur tersebut dijangka berterusan apabila angin bertiup dari arah timur laut yang berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang.

Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah di kedua-dua negeri-negeri tersebut.

Hujan lebat berterusan sejak malam tadi sehingga sekarang di beberapa jajahan di Kelantan termasuk Kota Bharu dan Kuala Krai sehingga air hujan mulai bertakung di kawasan rendah. – HARAKAHDAILY 10/11/2021

- Advertisement -